Monday 21 January 2013

Kepentingan Dan Keperluan Garam


Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas:

'Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya'
Garam adalah antara mineral yang mempunyai kemujaraban yang unik. Ia sebenarnya mampu bertindak sebagai pembersih yang berupaya meleraikan radiasi serta menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan dan imuniti badan. Sejarah perubatan Islam ada mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. ketika mengembara akan memamah sedikit garam sebelum makan atau minum dan ini bertujuan supaya tubuh dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Manakala didalam bidang masakan pula, garam dikatakan sebagai penghulu segala masakan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika sesuatu masakan itu dimasak tanpa garam, pasti ramai yang akan mengatakan masakan tersebut tiada rasa! Orang Melayu terutamanya memang terkenal dengan garam dan dalam setiap masakan kebanyakan penggunaannya adalah pada kadar yang tinggi supaya cukup rasa masinnya.

Tetapi awas jika terlebih penggunaannya! Garam juga dikatakan penyebabnya peningkatan penyakit darah tinggi setiap tahun dan dikatakan 'penyakit moden' kerana bukan sahaja golongan berumur tetapi sudah menular dikalangan muda mudi yang baru berusia 25 tahun kebawah. Malah sudah terdapat golongan remaja belasan tahun yang sudah disahkan mempunyai penyakit darah tinggi.

Khasiat Garam Kristal Himalaya

Garam Kristal atau ada yang meggelarkannya sebagai garam sunnah (berpandukan hadis di atas) kerana khasiatnya yang dipercayai sangat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. Garam kristal ini yang juga dikenali sebagai Garam Himalaya atau Kristal Holland diambil daripada garam kristal yang terkumpul selama 300 juta tahun dan 200 meter di bawah Gunung Himalaya. Mengandungi 84 mineral dan unsur mineral secara semulajadi. Kajiannya adalah berdasarkan fakta sejarah kehidupan kaum Hunza yang tinggal di lembah yang dianggap antara paling subur di dunia.

Kaum Hunza - Gambar HiasanKaum Hunza yang hidup di bahagian utara Pakistan atau yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum iaitu di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Kaum ini dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun.

Hasil daripada kajian dan penyelidikan saintifik yang dilakukan di kawasan tersebut sungguh mengejutkan. Rahsia umur panjang kaum Hunza ini dikaitkan dengan faktor AIR YANG MEREKA MINUM!  Keadaan ini berlaku adalah kerana punca air yang diminum oleh kaum Hunza tersebut terdapat di atas gunung yang dikelilingi oleh pohon cypress. Akar-akar pokok cypress memasuki telaga kaum Hunza manakala buah dan amber cypress iaitu resin atau getah pokok cypress didapati terendam di dalam air telaga tersebut. Air minuman tersebut memiliki ramuan garam mineral dan rendaman buah serta akar cypress yang menyebabkan molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil serta amat berkhasiat.

Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Patrick Flanagan mendapati molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah. Molekul air yang sangat kecil ini mempunyai gelombang tenaga bertidakbalas dengan molekul hidrogen dan oksigen hingga membentuk struktur kristal yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh paling kecil.

Garam Kristal Dan Amber Cypress

Kelebihan minuman kesihatan bertenaga Himax5 adalah kerana terdapat gabungan antara kedua-dua garam kristal dan ekstrak amber cypress. Kombinasi antara keduanya akan meningkatkan tenaga molekul serta menstabilkan pH dan kadar keasidan dalam sel tubuh badan.

TIBBUN NABAWI



PENGENALAN

Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkata: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Menurut perubatan barat, penyakit disebabkan oleh interaksi antara bahagian di dalam tubuh dan elemen luaran. Jadi, biasanya ia hanya dapat diubati menggunakan cara luaran juga. Misalnya ubat berasaskan kimia yang diberikan kepada pesakit yang berfungsi menghambat respon badan kepada gangguan keseimbangannya. Apabila ini dilakukan secara berterusan, tubuh kita kehilangan kemampuan semula jadinya bagi membetulkan gangguan keseimbangan.

Terdapat beberapa perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan barat. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit ataupun berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.

Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau 'chi' di dalam tubuh. Akibatnya, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.

PENYAKIT HATI

Berwaspada dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Al-Ghazali menyatakan dendam menyebabkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormon. Ini seterusnya menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis. Begitu juga sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.

Di dalam sahih bukhari, nabi berkata, "Sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam." Kebaikan di sini termasuklah kesihatan.

Orang yang iri hati akan menyebabkan tubuhnya menghasilkan hormon 'kortisol' dan 'adrenalin'. Kedua-dua hormon ini menyebabkan "glukoneogenesis" (pembentukan gula di dalam darah meningkat) dan mengganggu degupan jantung. Malah mereka juga mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung, hyperthyroid, penyakit hati, sakit ginjal dan ulser kronik.

RAWATAN HOLISTIK

Rawatan holistik adalah rawatan yang merangkumi rawatan rohani dan jasmani. Qalbu itu umpama raja, raja yang baik akan memimpin rakyatnya kepada kebaikan. Hati itu umpama istana. Tiada seorang raja yang baik pun akan bersemayam di dalam istana yang kotor.

Untuk menjadikan qalbu yang baik, rawatan yang mujarab sudah tentulah dengan membanyakkan zikirullah. Bagi mereka yang memiliki qalbu yang berpenyakit, zikirullah merupakan suatu amalan yang pahit baginya.

Begitu juga halnya dengan hati, ia memerlukan herba yang bersifat pahit untuk merawatnya, herba yang boleh melakukan detok atau pencucian kepadanya. Untuk proses detoksifikasi yang lebih berkesan, herba pahit seperti pegaga disinergikan dengan ikan. Potensi keberkesan rawatannya menjadi 13 kali ganda.

TANDA-TANDA KELEMAHAN HATI

Mata puteh yang berwarna merah atau kuning, menandakan hati sedang bermasalah. Merah menggambarkan panas, kuning menunjukkan berlaku infeksi pada hati. Hati yang panas perlu disejukkan.

Herba untuk rawatan hati dalam HPA ada 2 ; teja lawang dan pegaga. Teja lawang ada dalam produk HERBA TUJU ANGIN, sementara pegaga dalam TEH HERBA dan KORDIAL PEGAGA. Teja lawang bersifat KARMINATIF, sementara pegaga termasuk dalam kategori herba pahit.

TEH HERBA mengandungi 100% herba pegaga, sangat baik untuk merawat masalah hati bia dicampurkan dengan gula batu. Jika penyakit pada peringkat akut, cukup dengan menggunakan 1 uncang

Herba pahit bukan sahaja bersifat depuratif, malah airnya bersifat alkali. Pada peringkat awal; mata puteh warna merah, amalkan 1 uncang Teh Herba dicampurkan dengan gula batu untuk diminum 3 kali. Bila mata puteh jadi kuning, ambil 3 uncang untuk 3 cawan; Lebih pekat.

Sekiranya anda ingin menggunakan Kordial Pegaga untuk merawat masalah hati, gunakan 2 sudu besar dan dicampurkan dengan air 1 gelas, amalkan 3 x sehari.

Hati yang rosak boleh menyebab terjadinya penyakit busung. Jadikan air TEH HERBA sebagai mandian; iaitu rawatan herba ikut liang2 kulit.

Dos HERBA TUJU ANGIN pada peringakat awal adalah 2 biji x 3. Jika serius; amalkan 3biji 3X sehari. Untuk lebih efektif, buka kapsul + air panas, kacau dan minum. Untuk merawat hepatitis B , + omega3 sofgel, insyallah selepas 6 bulan virus hepatitis tersebut tidak dapat dikesan lagi.